Monday 8 June 2015

How I know I am Pregnant..

Entry ini ditulis 24/6/2014
Tapi save as draft rupanya. haha. So, publish kan je lah hari ni :)

Anak. walaupun hanya sekejap, tapi masyaAllah indah sungguh perasaan itu. Bahagia, senyum sorang2 bila pegang perot. Tak pernah saya lupa kan pengalaman dan kenangan ini sampai sekarang. Tapi apa kan daya kita untuk menghalang takdir Allah. Walau hanya sebentar, tapi terima kasih Allah untuk anugerah terindah yang dipinjam kan sekejap saja.

Morning peep,

My first pregnancy was so amazing... I can't believe it. I will be a mother soon, but I never express my feeling to my husband, to my family. I just keep it myself. Touch my tummy and I said, baby please stay with me. I love u very much. At first, how I know I was pregnant??

20/5/2014
Lepas siap belajar kereta untuk persediaan test lesen esok (Khamis), terus balik rumah. Hari yang sangat panas. Masa ni rasa tak berapa selesa. Bila ke toilet tengok darah coklat penuh dekat panties. Scary sangat takot ada sakit kronik. Serius scary. Terus wassap hubby. Masa ni nak nanges. Tapi lepas seketika rasa okay sikit.Sampai Asar jugak la ada. Sikit-sikit sampai la xd. Masa ni solat macam biasa.

21/5/2014
Lulus test.Alhamdulillah. So, malam bus pukol 11pm. Travel KB-Kemaman.
Miss my husband. Hmm I wonder why I miss him like crazy...

22/5/2014
Sampai Kemaman pukol 5.30am. Masa ni pon dah x d keluar darah.
I am happy

23/5/2014
Ok, rehat sehari. Terus g KL. Ni rombongan ayah mertua. Naik bus. Tak pergi pon x pe sebenarnya, tapi x pelah, teman mertua shopping kan. I nak shopping ape sangat. So, hubby and me jadi tukang angkat barang je.haha. Masa berhenti makan. G toilet tengok eh ada balik darah coklat ni. Tapi sikit lah. Muka dah risau masa ni.Hmm.

Sampai KL dalam 12-1pm mcmtu, terus stop ke IKEA. Hah mak bapak sekalian pergilah shopping sampai 330pm. Pergi toilet, tengok ada lg.Adoiii stress. Lastly, bagitaw gak kat hubby. X kan nak stress sorang, kena la stress bersama.haha.Muka serabot dah dua2. Tapi lex lex.

Lepas ke Ikea, bus stop depan sogo. Ok ni dia kata, shopping dan makan terus lah sampai pukol 8malam. So berjalan lah. Hubby belanja shawl 2 helai, wideshawl :)
Mak mertua lak beli tudung Hajra.hihi. Mahal habak hang.haha.
Pergi mkan2 settle naik bus.
Opss before naik bus, hubby and me, pergi beli UPT! 2 terus beli. ,RM20. (Baru sekarang taw upt yg kitorang beli tu mahal gila rupanya)

24/5/2014
In the morning. Terus grab upt nak test. Tapi mcm bengap sikit. Eh mcmne nak guna ni.kena koyak ke ape. Kena celup tang mane.haha. Mula-mula buat macam x jadi sebab dah koyak sikit. Pastu ambik yang kedua, test.Hmm negatif. Terus buang.

Hubby x puas ati, die google, pastu dok cakap mane ada org buang terus. orang tunggu lagi 5 minit ke. Masa ni dah tutup mata, sebab frust,pk nak tido je, tapi suara-suara ni.adoi sakit kepala.
Bangun mandi pastu selongkar balik ambik upt.ambik dua2 yang dah buang tadi, eh 2 line.
Masa ni panggil hubby bagitaw 2 LINE.

Alhamdullillah

Nest destination-> Nilai.

Serius panas gile, angkut tikar2 lagi, jalan sana jalan sini, keluar lagi darah coklat tu, tapi sikit2 je lah.
Tak banyak pon.Tapi merisaukan.huhu

Settle shopping, bermulalah perjalanan ke Kemaman.Finally.
Penat gile dah.huhu.sabar2, rindu gile kat katil.haha

25/5/2014
Okay,pagi2 dah g klinik Zainab. Doc scan perot(rahim), tapi x nampak pape pon. Memang lah sebab baru je.rasa2 dlm 1-2weeks je kot. My kakak kata, patot buat TVS, br lah nmpak jelas.
Doc tu suh buat upt, bila buat memang positif :)
Then die bagi ubat kuat rahim.
Total : RM85.
Doc pesan nanti hari ahad,buat upt sekali  lagi. Kalau terang, betol lah tu.Bulan 1-2 beranak lah tu.haha. Serius kelakar.

So, I'm officially PREGNANT. After 1 month and 11days married :)

29/5/2014
Dah x d darah dah masa ni. Normal dah. Oh Semalam husband belikan upt digital tu. Excited punya pasal pagi2 kitorang bangun dah.haha. Alhamdulillah bila check, keluarlah 2-3weeks maksudnya dah 3-4minggu pregnant.
Pagi tu mother in law mintak tlg sapu rumah,sebab dia nak mop rumah balik kerja nanti. saya kemas2 rumah, sapu rumah, memang dah kawal pergerakan, xnak lasak sangat sebab risaukan baby.

30/5/2014
Bangun pagi sebab nak hantar parents in law ke bus station harini. Pergi dengan suami la of course.hehe. Masa dekat bus stop rasa mcm x selesa je. Tapi malas nak fikirkan sangat. Lepas g bus station singgah kedai beli barang nak masak sikit then terus balik. Dekat rumah bila check ada lendir warna coklat dekat panties. Ya Allah, kenapa lak ni kan. Terus google. gigih kitorang berdua google semua tu. Bila google ada yang kata normal semua tu. Sedap lah hati sikit.

31/5/2014
Keadaan makin teruk bila start keluar darah sikit je. x banyak. Hmm mood down. Benda ni berterusan 1-2minggu jugak. x pergi klinik atau hospital pon sebab masa bleeding ni bila check upt still positive. Tapi bila asyik darah je ni, kita pon jadi serabot. Siap solat baca doa sampai nangis2 mintak anak kuat tapi andai kata x d rezeki, kena redha. Setiap kali solat, saya cakap saya redha kalau ni bukan rezeki kami ya Allah. Menangis sampai suami kat tempat kerja pon stress fikir.haha

................
Tapi keadaan makin teruk bila bleeding macam darah period. Buat upt pon dah xd line dah. Time ni rasa mcm xpelah x d rezeki. Malam pergi klinik, Dr scan memang xd rezeki. Dapat surat reference untuk pergi hospital esok tu.

...............
Dekat hospital drama betol hah. Mula2 pergi emergency. Dekat sini story la bila taw pregnant, bila last period, bila last bersama suami, semua akan disoal. Jadi ready je la ya. Tapi benda paling terkejut, bila buat upt eh eh positif lak dah?? Maybe hormon hcg x hbs lgi kot.Pastu transfer ke O&G kot kalau x silap, dekat sini xtaw la berapa kali kena scan, tapi bila scan memang dah x d apa2 dalam rahim. Proses kat hospital ni memang serius lama sangat. Pastu dengar orang tengah push nak beranak lagi. Alhamdulillah x perlu cuci rahim pon. So balik makan nasi ayam dengan suami.
Kami memang sedih, memang down, tapi dua2 positif kan diri, rezeki anak insyaAllah akan ada. Suatu hari nanti....amin..

x ada picture nak share dekat sini, sebab memang sedih bila tengok. Tapi sampai sekarang upt tu saya simpan buat kenangan..


Nurkilan,
-Nurul-

No comments: