Thursday, 30 July 2015

TTC : July 2015..

Assalamualaikum semua,

Belum terlambat rasa nya nak ucap, selamat hari raya aidilfitri :)

Ok bila dah raya ni, memang fokus nak beraya je la, nak makan, nak g rumah saudara, nak siapkan juadah untuk orang datang beraya, sampai lupa pasal ttc.hehe.
Opss mana boleh lupa bila mulut2 manusia ni kita x leh nak tutup bila diorang bercakap pasal anak ni. Yang paling panas bila ada sorang ni tanya kat pak mertua x naik pangkat lagi ker? Maksud dia , x de pangkat "datuk" lagi ke. Dah la tanya tu depan kitorang laki bini. Memang malas nak pandang muka dia dengan harapan x nak ingat muka makcik tu. haha.

So, bulan july ni kitorang usaha extra sikit, kitorang makan cuka kurma, jus delima, habbatus sauda, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan acid folic (isteri je). Semua ni suami isteri amalkan.
Cuka kurma ni paling dugaan nak telan. So, bila makan cepat2 telan pati delima, kurang sikit rasa tajam kat tekak. Sebenarnya nak campur air pon boleh tapi suami ni kata makan macam tu lebih mujarab. haha. Bini ni pon ikot je lah. Mujur x muntah je lah.
Opss nak makan tu jangan main telan je, jangan lupa bismillah, selawat, niat yang baik2.
ok

Total dalam RM100 lebih macamtu

So, laki bini ni usaha la sebelum tidur makan, lepas siap sahur makan.
Baca quran, yassin, ayat2 minta zuriat memang amalkan.

Walau kita dah makan suplement ni, kena check jugak opk.
Bila test opk, cd13 positif.



Tapikan betol lah kan, kita ni hanya meracang, Allah yang tentukan.
sebab 25/7 tu period dah.
sobsob
Tabahkan lah hati ni, hati suami, hati semua,
belum ada rezeki.

Plan dengan suami nk g check doc kalau ada masalah lain, sebab masa scan yang 1st pregnancy tapi gugur tu, ada cyst. Macam risau lah jugak takot cyst tu makin besar ke, sebab tu ssh nak lekat atau ada faktor lain kan. Tapi x d kesempatan lagi.
Ni 28/8 ni insyaallah nak sambung belajar dekat utm, rasa macam down jugak, sebab kalau lets say pregnant memang rasa nak tolak offer ni, tapi memang perancangan Allah suruh sambung belajr dulu kot kan. Doa kan yang terbaik sebab mana tahu masa belajar nanti baru pregnant kn. Kot pregnant masa belajar anak lebih cerdik.haha. amin amin.

So, bulan 8 sila usaha lagi.

Good luck TTC sekalian

:)