Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Tuesday, 30 June 2015

TTC : June 2015..


Harini berpeluh bebenor. Hah rajin lain macam semangat lain macam kemas rumah sebab Khamis malam nak balik kampong dah. Hooreey.. Sebenarnya rajin ni bercampur dengan rasa stress. Saya ni bila stress bila rasa serabot memang membusy kan diri ada je kemas rumah ke, basuh baju ke. Memang perangai dari zaman sekolah. Bila stress belajar je, kumpul baju satu baldi pergi basuh, berus sekuat hati. Gigih betol weh.haha.

Sebenarnya stress bukan sebab apa, bukan stress la sebenaranya. Macamni, semalam dapat berita my sister in law dah pregnant. Horeeey. Excited lah, sebab dia dah 4 tahun lebih kawen, sebelum ni gugur 4 kali, then ni baru lekat lagi, pastu mai la rasa sebak, hmm aku bila lak? Terus mata berair. Ni tengah taip pon mata berair jugak. Saya taw, mungkin Allah x nak bagi lagi, sebab perancangan Allah maha Hebat untuk hambanya. Tetapi kadang2 rasa rapuhnya la hati ni, mudah mengalah, mudah berserah kalah.

Kadang2 kata hati, kau kena kuat. Kadang2 kata hati, sedihya la aku sekarang ni. Bila solat nanges, baca doa nanges, nak tdo nanges, tengah kemas2 laman rumah pon boleh berair mata.
Semalam cakap la kat suami, kita usaha la lagi bulan ni, tetapi suami kata bulan ni rehat je la. Hati ni lagi lah sentap. Laki x paham perasaan perempuan. Nak2 kita ni suri rumah, duduk rumah, otak pon senang fikir bukan2. Bila duduk rumah mesti fikir kalau ada anak x de lah rasa sunyi macamni. Ada jugak orang kita boleh cakap, gurau2 kan, main2, lambung2 ke. Eh gile ko nak lambung2 anak. Haha.

Bila fikir sedihnya, rasa x sabar nak sambung belajar. Rasa nak lari dari segala masalah yang ada, nak fokus untuk study je. Ya Allah kuat kan lah hati ni, kuat kan lah semangat ni. Orang tengok kita kuat, macam x de masalah, tapi beban ni simpan sendiri. Nanges pon x pernah nak tunjuk depan suami. Harap diri ni tabah je. Kita ni setahun lebih baru kawen dah rasa sedih macamni, macamana TTC len yang dah bertahun2 kawen nya. Rasanya kalau saya ni kerja x de la dok fikir2 sangat hal anak ni, cuma sebab banyak masa kita ni dok sendiri, jadi banyak lah dok melalut fikir macam2.

Ada hikmah nya jugak bila lambat rezeki anak ni, si isteri dapat la manja lebih2 dengan suami, boleh mengada lebih2 dengan suami. Boleh minta beli itu beli ini sesuka hati. Haha. Tapi harap ada la rezeki anak rezeki rumah baru rezeki kerja. Aminnn...




Nurkilan,
Nurul

Wednesday, 24 June 2015

Kekecewaan Dalam Hidup..


MasyaAllah beberapa harini mood down sangat sampai satu tahap nak bercakap pun malas, nak manja2 pon malas. Memang totally macam orang lain sebab terlalu banyak kesedihan terlalu banyak kekecewaan. Terfikir kenapa lah aku Ya Allah tapi Allah tak akan menguji hamba nya yang tidak mampu menanggung beban cubaan yang di beri. Tapi kadang2 rasa lemah longlai , menangis teresak-esak sampai solat pon mata berair. Ya Allah ku minta semua kekusutan hidup ni hilang. Semoga bila dah sambung master ni belajar betol2, dapat kerja bagus, dan jugak dapat family bahagia. 

amin..

Monday, 23 June 2014

After Long Break..

Assalamualaikum...

Finally,

Harini baru terbukak blog ni. Macam busy bebenar je kan.Rindu sedetik :)
Banyak cerita nak share.
Ooo by the way, I'm officially his wife. Alhamdulillah.Will update soon.The happiest moment in my life.
and I was pregnant. Was ok,but miscarriage.Will update soon.The saddest moment in my life.

See u guys soon




Thursday, 7 November 2013

Friday, 1 November 2013

Kepantasan Ku..


Ujian pada hari Jumaat

Boleh try sini :

Malay

English

Doakan saya dapat kerja terengganu pleasssseeee....

Actually ujian ni untuk isi borang kerja jawatan kosng di UMT,
sebagai pegawai tadbir & pegawai penyelidikan.
Mana taw ada rezeki kan, 
dapat kerja dekat2 dengan suami.
ceitt x kawen lagi dah panggil suami.
haha

Penat gile wat ujian menaip ni,
sebba first time, mula2 buat dapat lebih kurang 40 je.
slow kan,
so try buat lg, and dapat la korang tengok result.
Rasnya yang english lagi senang sebenarnye, sebab word pendek2,
cuba lah test speed korang.hehe

Bye2

:)

Wednesday, 30 October 2013

Badan Kepenatan..


Morning peeps,

I am so sleepy.

Seriously

I can't open my eyes.

Sob sob sob

you guys know what, I went to pantry, then my boss borak-borak, but I was blurring..

what to answer, what this term in English.

I feel like, ermmm whats wrong with you girl.

It is easy term..even a kid know that

but I am so sleepy now

what to do

huhuhuhuhu



I want to sleep

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, 29 October 2013

Again..

I am sick!

sob3

Serius ni paling sengal!haha.
ok x leh gelak banyak sakit perot.
sob3

Now, I am at the office...
I feel like I am dying!!!
waa

we are!



:(

Wednesday, 16 October 2013

Baby Yang Bambam..dan Ibu yang Comey..


Counting the days,
nak tengok pelamin , baju nikah dan shopping goodies + hantaran.
Nampak sikit, tapi rasa nya dah dekat tarikh nanti makin sakit kepala.
Ok bukan nak cite pasal ni,
Nak cite pasal semalam punya cerita.
Semalam teringin gile nak makan maggie kari.
Rasa macam meronta2.haha
Dasyat kan
Pastu tengok iklan pizza baru tu pon,rasa macam sedap.
Rasa nak call terus delivery.

Then En Hisyam cakap mengidam macam mengandung anak sulung.haha
sengal.

Pastu cakap kat die, kalau mengandung, xnak baby bambam
sebab nanti mesti sakit nak bersalin.
waaa scary.

Sebab his officemate, dapat baby comey dan tembam.
lama nak keluar budak tu,
8jam dalam lobour room.
woo x sanggup.

scary

Pastu si tunang cakap, 
x nak baby gemok,
mak die x leh gemok.
haha
Boleh kah mengawal nafsu makan semasa mengandung
sebab kebanyakkan ibu mengandung mesti chubby, comel dan berseri2

hehe




:D

Sunday, 13 October 2013

Pinkish Shawl..

Hari-hari update blog.
Sebab banyak story yang delay
huhu
Memang dah ikot susunan nie.

By the way, The gave me this pinkish shawl.
reason?
reason?
hehe

Sebab nya aritu miss nurul ada bagi tudung kuning, suh die tambah lace, tapi sebab nak jimat kot, die beli lace murah, the lace tu luntur lak warna die!
waaa sedih
so, kat tudung kuning tu, ada belang-belang warna hitam.
huhu
tudung tu dah rosak lah.
So, die bagi tudung baru ni sebagai ganti rugi.
hehe

Lawa kan?
Kalau nak tempah boleh habak na.

RM45 je

:)


tomei lah awak nie.

^__^

Saturday, 12 October 2013

New Socks..


kaki yang gemok!

I love this socks
sebab kain lembut dan x panas
tapi
sekarang tinggal sebelah je
x tw mane lagi satu
haha

Mr Hisyam belanja stokin baru please

hee



:)

Friday, 11 October 2013

Make Up Day..

Hello peeps

Today,
I just wanna sharing the picture of me
haha

Gile kau make up kot.
xpernah2 make up macamni pon
That day,
teha yang make up kan sebab dia nak join compettion anjuran watson.
Kalau menang 1st place dapat rm6000.
So,good luck to you teha.

Make up ni cantik sebenarnya,
tapi x best la make up tebal2 macam ni, x selesa langsung,
rasa muka padat,berat.
So,after make up tu, terus basuh muka,cuci bersih2 muka,
tapi memang kulit sensitif dengan chemical ni,
lusa tu terus naik jerawat banyak gile.
Itu lah faktor saya x suka make up.
huhu

Anyways, saya x d lah comey macam dalam gambar nie.
haha
Macam ayu raudhah wa cakap same lu.
But I am human being,
manusia biasa,
muka x d la flawless mcm camera 360.

So people,
one of my friend said,
"Ini semua tipu"
Yes of course ler.
Ni kan make up je.
x kan x make up pon,kening I hitam macam ni,
mulut i pink macam ni

So ini semua memang la tipu.
or in another word,
the power of make up.

:)

Incik Hisyam panggil Behy Raudhah.
haha




^_____^

Mood makan banyak gile sekang.
Petang nk g jogging.

Daa

Take care all.

Thursday, 10 October 2013

NO..NO..NO..

Wake up 8.30am today.. kerja pukul 8, tapi bangun pukol 8.30am?
bersiap then sampai office 9.10am. On laptop, nape slow ni, then officially, 9.30am buat kerja, right now,update blog, emm really,I am not in a good mood right now.
It is bad day.

Oh before that, sebelum kua bilik, I am thinking, should I bring along my t-shirt, trouser, shoes,sock.
Hmm.. about 2-3minutes, I decided, it's okay. I don't have to bring them. I am tired, I am fed up, I am give up.
Slowly,tarik my bag to the lift, and jalan perlahan-lahan macam kura2.
Seriously,
I'm not joking.

Then at office, check email gmail, reply UST Global email,yang x dapat pergi IV.. sebab kalau pergi confirm x taw nak jawab ape, since otak tengah serabut gile pk macam2.Kan merapu2 kan interviewer. So, I decided to write a email to UST Global.

Everything I do today... always NO.

Is it good to say NO?

Or is it stupid for saying NO?

yeah I know I am not perfect, sometime I want to be perfect.

and it's keep hurting me.

myself

Big clap for myself

...........



Friday, 20 September 2013

Kalaulah Cinta kan Darjat nya..

A very good afternoon peeps.

Today is Friday,

Tomorrow is holiday,

Ommoooo I like it,I love it.

I feel so tired even though just work for 4 days this weeks.


So, hari ni lah nak cakap sikit pasal darjat lah kan.


Kalau dulu-dulu,arwah P.Ramlee ada buat movie, cinta antara dua darjat kan,
pernah tengok x?
x pernah g tgk,blh google cari movie tu ok.

Tapi cerita ni family yang penting kan darjat,
si uda dan dara x penting kan darjat.

Kalau cinta kan darjat,macamna nak hidup bahagia,
kau orang kaya,
aku orang miskin,
tidak setarafkah?

Jika pentingkan taraf berbanding bahagia,
carilah taraf itu,
bukan cinta abadi hingga ke syurga

Sudah dikurniakan akal fikiran yang bijak pandai,
guna kan lah sebaiknya,
Jangan di abaikan suruhanNya,
bahagia kan hidup

Kalau saya,
bahagia biarlah hingga ke akhir hayat,
biarlah seorang sahaja teman hidup,
tak mau ada pengganti nya



:)

Masing-masing punya pikiran lain-lain.


Regard,
-Nurul Chantek-

Wednesday, 18 September 2013

RnD engineering..

Dear Ms. Bahiah,

We are pleased to invite you for an interview for the position of Engineer.

Below are the details for the interview:

Date        :    26 September 2013

Time         :    8.30 am

Venue     :    Interview Room, Building 1  
                    Yamaha Electronics Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
                    Plot 7, Kinta FTZ, Jalan Kuala Kangsar, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.

If that is not convenient, please contact me immediately  to reschedule.

During that day, we will give you a test on electronics such as function, symbol, unit, usage, value for the component electronic (eg. transistor, capacitor, diode, resistor, inductor etc), calculation colour code of resistor, OHM Law calculation, resistance value, capacitance value, range in multitester (multimeter)and how to use it, PCB structure, soldering, IC, Oscilloscope, waveform, voltage, frequency, transistor circuit diagram, block diagram of radio, amplifier and frequency response.

Please bring along your resume, original certificates and photocopy of your certificates.

I also attached a map to our factory for your reference.

We look forward to meeting you at Yamaha.

Thank You.

Best Regards,

Nor Azizah
Recruitment Section
HR/Administration Department
Yamaha Electronics Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
(214961-X)
Plot 7, Kinta FTZ, Jalan Kuala Kangsar,
31200 Chemor,
Perak Darul Ridzuan.


********************************************************************************

Should go or not?

Perak? Why not Terengganu or Kuantan?

Dah kawen , x nk la jauh-jauh dengan suami beta :(

Nanti sian dah kawen ,tdo sorang-sorang lagi,

hidup macam bujang lagi.

Still thinking about it.

Regards,
-Nurul Cantek-

Sunday, 15 September 2013

Perfection..


.........................................

I am sorry I am not perfect
I wanna be perfect
but 
I can't be
I am human
not machine or robot

I am not pretty
I am not skinny
I am make mistake
a lots!

I am human
hamba Allah yang kerdil

......................................

Saturday, 14 September 2013

Keep Smiling..


Keep Smiling,

and

Slowly

Walk , walk and walk

Don't stop

when it's mean to say goodbye

:)


Friday, 13 September 2013

Clap Clap Clap..


Yesterday, 

Sesi timbang berat badan.
(ari-ari timbang padahal)

Haha

Yeah

4.5kg loss weight

Sapa kata aku x mampu,

Shut up and believe it.

Hasil dari lebam-lebam kaki pergi gym,berhasil.
come on, you have many things to do.

Trust me, lebam x hilang lagi sampai sekarang,hasil tersadung masa "jalan laju-laju tahap gile-gile sampai semput"

haha

oh one more thing, I told my housemate,
"Nurul dah turun berat,yeah"

Then sue and lutfiya said ,
a ah la, kak Nurul dari aritu macam nampak kecik dah sikit.

see

see

see

I am proud of myself

To Penangian,
stop eating nasi kandar at 10.00pm, I am sick with you guys,
It's not good for your heart and body.

COme on la,
Peniaga2 ni pon satu,
ada ke pukul 10 baru bukak kedai.

I never had rice at 10.00pm,
only honeystar + milk if i am hungry.

That's it.

Budak gemok wanna have lunch with her friends,

daa.


:)

Tuesday, 10 September 2013

The day..


Heavy Rain di penang,
Tumpang farah and her Indian's friend to office.
Mood down.
Pelamin angan ku musnah.
Should I sing a song now?
Shut up Nurul.

oh
Lets eat, eat n eat.
Nasi lemak is so delecious kan?
Damn it, its been long time I don't have nasi lemak for my breakfast because of stupid gym,stupid calories.
SO,now lets eat.
Its so yummy.

Lets start my normal life, don't have to hungry for all night, don't have to think about gym, don't have to bring all my stuff-shoes, trouser, t-shirt to the office, and the best thing is no more lebam-lebam kat kaki tangan. It's really hurt me so much . Just keep it by myself.

It's the day, normal day.

Anyways, I'm listening to Selena Gomez song," LOVE YOU LIKE A LOVE SONG".
Then I think,PINK is better, "JUST GIVE A REASON".





Thursday, 5 September 2013

Period Pain..



Sengugut masalah kebanyakkan semua pompuan kat dunia ni kot.
Dulu2 saya pon x d lah senggugut kalau datang haid ni.
Tetapi sekarang masyaAllah sakit sangat. Baru paham perasaan orang senggugut macamana.
Tapi dah rasa senggugut ni, orang kata baru sakit kecil orang melahirkan baby.
Hah ternganga.haha. Ingat nak buat baby senang,nak beranak senang gak ke.hehe. opsss x kawen lagi,.x taw lah.

Biasanya senggugut ni 1-2 ari je lah, untuk saya lah,maybe ada yang sampai 2-3ari kan.
Tapi risau bila orang kata,kalau senggugut ni potensi nak dapat zuriat payah.
Terus google td.Risau weh.haha. Sebab saya memang suka budak2, so memang nak anak sendiri cepat2 kalau kawen. comeiiiinye..hehe.
Anyways, itu tidak benar sama sekali taw.
X semestinya kau senggugut susah dapat anak. no no no.
Fuh lega sikit.



So, bila senggugut ni bila cakap kat en tunang, macam susah nak explain sakit macamane :(.. Dia pon macam x paham sakit tu macamane.
Suruh tido, nak pejam mata pon payah kalau sakit macamni,last2,nangis pelok teddy. Pastu sepak2 terajang bantal.haha.Pastu baru tertido.zzzzz

same posisi tido.hehe

Ok,so let see, ape yang menyebabkan senggugut, hasil dari googling tadi :

Senggugut

Senggugut ini ialah sakit di bahagian bawah perut, sakit perut yang tajam atau sakit yang akan datang dan pergi. Senggugut ini juga berkemungkinan untuk sakit di bahagian belakang. Mungkin ada sebahagian daripada kita tertanya-tanya mengapakah berlakunya senggugut ini. Ketika menstruasi/ haid. senggugut ini terjadi kerana berlaku pengecutan yang kuat di dalam rahim untuk meruntuhkan saluran darah di luar dinding rahim. Saluran darah di dalam dinding rahim akan dimampatkan oleh pengecutan tadi seterusnya akan memutuskan bekalan darah ke rahim. Ini akan membuatkan bekalan oksigen ke rahim terputus dan menambahkan ketidakselesaan pada rahim kita.
Sebenarnya senggugut atau istilah perubatannya ialah dysmenorrhoea ini terdapat dua jenis:

Primary dysmenorrhea : Senggugut yang menjadi kebiasaannya kaum hawa dalam kalangan remaja sehingga 25tahun. Senggugut ini tidak berbahaya. Jadi ibu di atas tidak perlu risau kerana senggugut ini adalah senggugut yang sihat. Selalunya terjadi 24jam sebelum haid dan berakhir dalam sehari selepas period.

Secondary dysmenorrhea: Senggugut ini berlaku jika terdapat permasalahan di dalam rahim itu sendiri seperti endometriosis, cyst, tumor dan banyak lagi. Kebiasaannya berlaku pada kaum hawa yang berusia 30an dan 40an.



Langkah-langkah mengurangkan senggugut

Tuam menggunakan air panas merupakan cara yang sangat efektif.
Ambil posisi menonggeng sehingga rahim akan tergantung akan membuatkan kita lebih rehat.
Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan daripada minum kopi, makan aiskrim dan coklat supaya senggugut tidak bertambah sakit.
Minum jus dan supplement yang mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin B6 atau Omega-3 ataupun minum minuman panas yang mengandungi kalsium tinggi.
Jika tidak mampu bertahan lagi, maka boleh mengambil pil Panadol berwarna pink. Jika mampu bertahan, tidak perlu mengambil ubat. Tidak boleh mengambil ubat lebih daripada 3 kali.

Manakala menstruasi/haid pula ialah darah yang dirembeskan oleh dinding rahim wanita yang tidak mengandung dan keluar melalui faraj wanita. Kita sering memanggil haid itu sebagai darah kotor. Namun, darah haid ini sebenarnya tidaklah kotor kerana ia hanya terdiri daripada darah dari lapisan luar rahim kita sendiri, sel-sel tisu yang telah mati dan telur yang telah mati kerana tidak berlaku persenyawaan dengan sperma.

Benarkah haid itu darah kotor

Pengertian darah kotor ini sebenarnya dikaitkan dengan permasalahan ibadat ketika dalam keadaan haid, seorang wanita itu terikat kepada batasan-batasan tertentu seperti tidak dapat menunaikan solat, berpuasa, bersetubuh dan lain-lain. Ini jelas di dalam surah Al-Baqarah ayat 222, Allah telah berfirman, “ Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “ Itu adalah sesuatu yang kotor .” Karena itu jauhilah isteri pada waktu haid; dan jangan kamu dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suc , campurilah mereka dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang menyucikan diri.”

Tempoh menstruasi dan menopaus

Tempoh menstruasi/haid adalah berlainan bagi setiap wanita. Kebiasaannya tempoh menstruasi/ haid ini adalah selama 3-5 hari. Namun begitu, ada juga wanita yang mengalami haid selama 7 hari atau 8 hari. Proses ini berlaku dalam tempoh agak tetap sejak daripada kita akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan.

Seorang pesakit wanita memberitahu sorang doktor bahawa dahulu dia mempunyai tempoh haid yang tetap iaitu selama lapan hari. Namun sejak dia berusia 40 tahun, haidnya datang selama 5 hari dan pada hari keenam dan ketujuh haid tersebut berhenti kemudian pada hari kelapan, haid itu datang semula.

Dari sudut perubatan, wanita itu mungkin tidak mengalami sebarang masalah apa-apa kerana sebelum ini kitaran haidnya adalah normal. Cuma semenjak berusia 40 tahun tempoh haidnya tidak menentu, hal ini kerana itu merupakan salah satu tanda – tanda awal menopaus. Tempoh usia seseorang mengalami menopaus juga berbeza pada setiap wanita, kebiasaannya berlaku ketika berusia 40 tahun ke atas. Namun wanita itu juga berkemungkinan mengalami pendarahan pada pangkal rahimnya kerana berlaku pendarahan haid semula setelah haid berhenti. Seelok-eloknya pesakit wanita itu pergi ke hospital untuk mendapatkan ujian pemeriksaan kesihatan selanjutnya untuk memastikan keadaaan itu adakah normal atau tidak baginya. Dari sudut fiqh pula, wanita tadi tidak perlu menunaikan solat sewaktu haidnya terputus, kerana dia masih berada dalam tempoh haidnya.

Kitaran haid perlu dihitung

Terkadang apabila para pesakit mengalami masalah pada kitaran haid, mereka akan datang berjumpa dengan para doktor dan soalan yang akan diajukan kepada para pesakit ialah, “Bilakah last period adik/ cik / puan?” Kebanyakan para pesakit akan menjawab, “Period saya kering pada….” atau “Saya mandi wajib pada….” Sebenarnya bukan itu jawapan yang dimahukan oleh doktor. Maksud soalan para doktor tadi ialah“ Bilakah tarikh last period adik/ cik/ puan bermula?” Rata-rata di antara mereka tidak ingat bilakah tarikh terakhir haid mereka bermula.

Oleh yang demikian, tabiat mencatit bilakah haid bermula dan berakhir ini perlulah diamalkan oleh setiap wanita yang masih mengalami haid. Tidak kisahlah jika hendak catit di dalam kalendar, diari mahupun telefon bimbit kerana tempoh kitaran haid kita sangatlah penting. Jika berlaku kitaran haid yang tidak stabil, lalu kita berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya doktor ingin mengetahui kitaran haid kita dua atau tiga bulan sebelum ini.

Secara kebiasaannya kitaran haid kita ialah selama 28±5 hari. Kitaran haid terpendek boleh berlaku selama 21 hari dan kitaran haid terpanjang boleh berlaku selama 35 hari. Kitaran haid ini bermaksud hari pertama berlaku menstruasi/ haid sehinggalah berlaku semula menstruasi/haid yang seterusnya. Misalnya seorang gadis datang haid pada 1 Januari dan kemudian dia datang semula haid pada 22 Januari. Ini bermaksud gadis itu normal bukanlah seperti yang biasa kita dengar haidnya tidak normal kerana dia datang 2 kali sebulan.

Mengetahui tempoh kesuburan

Selain itu, kitaran haid juga penting untuk mengetahui tempoh kesuburan seseorang wanita. Jika kitaran haid wanita itu normal, mudah sekali untuk mengetahui tempoh kesuburan seseorang wanita tersebut iaitu kebiasaannya pada 12 -14 hari sebelum haid datang semula. Itu adalah waktu yang sesuai bagi pasangan yang sudah berkahwin ingin memperoleh zuriat. Ketika itu, telur(ovum) masuk ke dalam rahim. Tempoh hidup telur lebih singkat berbanding sperma iaitu 24-26jam manakala tempoh hidup sperma adalah selama 4-5hari.

Selain itu, para wanita juga boleh mengetahui tempoh kesuburan mereka dengan mengesan cecair keputihan pada diri mereka. Kebiasaannya sewaktu subur, cecair keputihan itu akan lebih likat seperti telur putih yang belum dimasak dan apabila ditarik sukar untuk putus seperti spring. Di dalam dunia teknologi sekarang, kita sudah mempunyai alat untuk mengesan tempoh kesuburan kita iaitu dengan menggunakan ovulation predictor kits (OPKs)


:)