Tuesday, 30 June 2015

TTC : June 2015..


Harini berpeluh bebenor. Hah rajin lain macam semangat lain macam kemas rumah sebab Khamis malam nak balik kampong dah. Hooreey.. Sebenarnya rajin ni bercampur dengan rasa stress. Saya ni bila stress bila rasa serabot memang membusy kan diri ada je kemas rumah ke, basuh baju ke. Memang perangai dari zaman sekolah. Bila stress belajar je, kumpul baju satu baldi pergi basuh, berus sekuat hati. Gigih betol weh.haha.

Sebenarnya stress bukan sebab apa, bukan stress la sebenaranya. Macamni, semalam dapat berita my sister in law dah pregnant. Horeeey. Excited lah, sebab dia dah 4 tahun lebih kawen, sebelum ni gugur 4 kali, then ni baru lekat lagi, pastu mai la rasa sebak, hmm aku bila lak? Terus mata berair. Ni tengah taip pon mata berair jugak. Saya taw, mungkin Allah x nak bagi lagi, sebab perancangan Allah maha Hebat untuk hambanya. Tetapi kadang2 rasa rapuhnya la hati ni, mudah mengalah, mudah berserah kalah.

Kadang2 kata hati, kau kena kuat. Kadang2 kata hati, sedihya la aku sekarang ni. Bila solat nanges, baca doa nanges, nak tdo nanges, tengah kemas2 laman rumah pon boleh berair mata.
Semalam cakap la kat suami, kita usaha la lagi bulan ni, tetapi suami kata bulan ni rehat je la. Hati ni lagi lah sentap. Laki x paham perasaan perempuan. Nak2 kita ni suri rumah, duduk rumah, otak pon senang fikir bukan2. Bila duduk rumah mesti fikir kalau ada anak x de lah rasa sunyi macamni. Ada jugak orang kita boleh cakap, gurau2 kan, main2, lambung2 ke. Eh gile ko nak lambung2 anak. Haha.

Bila fikir sedihnya, rasa x sabar nak sambung belajar. Rasa nak lari dari segala masalah yang ada, nak fokus untuk study je. Ya Allah kuat kan lah hati ni, kuat kan lah semangat ni. Orang tengok kita kuat, macam x de masalah, tapi beban ni simpan sendiri. Nanges pon x pernah nak tunjuk depan suami. Harap diri ni tabah je. Kita ni setahun lebih baru kawen dah rasa sedih macamni, macamana TTC len yang dah bertahun2 kawen nya. Rasanya kalau saya ni kerja x de la dok fikir2 sangat hal anak ni, cuma sebab banyak masa kita ni dok sendiri, jadi banyak lah dok melalut fikir macam2.

Ada hikmah nya jugak bila lambat rezeki anak ni, si isteri dapat la manja lebih2 dengan suami, boleh mengada lebih2 dengan suami. Boleh minta beli itu beli ini sesuka hati. Haha. Tapi harap ada la rezeki anak rezeki rumah baru rezeki kerja. Aminnn...




Nurkilan,
Nurul

No comments: