Assalamualaikum..
Lepas habis period haritu, kitorang tak kan berputus asa.
Jadi usaha kedua kitorang dalam nak dapatkan anak kali ni dengan pati delima gulshan. Bila google dan baca pengalaman TTC yang lain ada yang berjaya hamil bila ambil pati delima ni, malahan officemate suami pon sama. Dia minum pati delima ni dan alhamdulillah pregnant. Apa lagi, excited la saya dengan suami. Pergila beli sebotol.
RM15.00
Antara khasiat Pati Delima :-1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing
3-Membantu penghadaman.
4-Membuang lemak-lemak berlebihan.
5-Menambah tenaga.
6-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
7-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
8-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
9-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.
10-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.
11-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi
12-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
13-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
14-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit
15-Menghapuskan masalah cacing pada kanak
16-Mengatasi masalah kemandulan
17-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
18-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
19-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
20-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
21-Membantu mengurangkan batuk dan lelah
Start minum dan betol2 disiplin minum, satu sudu pagi, dan satu sudu malam sebelum tidur. Suami pon minum juga. Rasa dia masam2 tapi boleh telan lah. Kalau yang tak tahan masam tu boleh campur dengan air sikit, then minum. Macam saya start minum masa CD11
Selain tu, guna juga OPK untuk check waktu subur. Bila buat OPK, tarikh betol2 subur adalah pada iaitu CD14 . Bila compared dengan calendar tu beza satu hari je. Ok la. So, bersama dengan suami untuk 2 hari berturut2. Masa bersama ni baca lah doa minta2 ada rezeki :)
Tapi semalam, period delay satu hari rasa excited dah, tapi pada masa yang sama, dah terasa nk period. Dalam hati minta2 tu sakit baby nak lekat ke ape ke ikot lah. haha. Tapi last2 period dah semalam. Sedih gile. Period je nanges. Nanges je period.
Sepanjang hari sebelum period ni, saya amalkan baca yassin, surah Maryam (1-12), ayat Al-Anbiya (89), dan ayat al-Imran (38). Setiap hari. Minta doa banyak2 moga Allah murah lah rezeki kami suami isteri ni.
Tapi kita ni hanya merancang dan berusaha. Allah yang tentukan.
Lepas habis period ni, kita usaha lagi ya :)
Ya Allah tabah kan lah hati ini. Kadang2 rasa mahu rebah tersungkur bila kecewa.
Pati delima ni dah habis sebotol. So, kali ni botol ke -2 dah.
Pagi tadi whassap husband bagitahu dia kecewa nya rasa dah 2 bulan betol2 kitorang berusaha, tapi takde rezeki lagi. Macam biasa husband bagi semangat, bagi ayat positif, wife die pon happy balik.haha.
No comments:
Post a Comment