Alhamdulillah, saya baru je daftar untuk sambung belajar dekat UTM Skudai, untuk master.
Satu keputusan yang berat, mana x berat sebab nak fikir tinggal kan suami tercinta hah. Masa nak pergi daftar ni pergi seorang diri je naik bus. Hah jangan kata sadis gile.haha. Sebenarnya, plan lepas daftar nak balik kemaman semula, sebab kelas 6/9/2015 di jangka start. So masa daftar ni baru 25hb Ogos. Baik balik kan dari duduk UTM x d kelas, buang masa.
So kronologi perjalanan nak daftar kat UTM ni....
25/8/2015
Rasa macam malangggg nya, x nak sambung belajr dah rasa.haha. Sampai macam tu sekali.
Ok macamni, malam tu naik bus dari Kemaman - JB pukol 1145pm. Sebelum beli tiket dah cakap boleh ke stop dekat Sri putri dekat sikit kawan nak datang ambik, dia ok je. So, kita ni beli lah tiketnya,bus SP BUMI! Tapi bila dah naik, minta stop sana kata x boleh pulak. Macam2 alasan bagitaw tapi bukan alasan la memang kebenaran. Kalau stop dekat bandar JB @ Larkin, kawan x tw jalan nak ambik nanti. Plus, barang banyak gile bawak. ada la 3 bag besar. Tapi driver bus tu xnak jugak, alahai sampai JB 5 pagi sape nak marah nya stop kejap je pon. Tapi dia x nak jugak, last2 stop larkin, dengan barang banyak gile nya, gagah kan diri lah bawak. Dekat larkin dah contact kawan sorang lagi,ida. Minta tlg ambik sebab rumah dia dekat pasir gudang, dia kata pukol 8 mcmtu br boleh dtg. Kita dah minta tlg orang, ok je la. Lama gak la tunggu situ dari 5am-9am jgk lah. Sabar je lah
Ok masa daftar pulak, bapakkk ah ramai gile orang.haha. dari 12.50pm-4.30pm br lah settle, Untuk kolej dia kata pergi direct pejabat sebab dekat kaunter hostel tu, dia kata kunci yang bawak dah habis. Speechless :(
Ok kisah dekat pejabat lak. Nak melalak rasa sebab dia kata bilik habis, what the fish.haha. Dia taw x motif datang daftar awal ni sebab nak ambik bilik single. Kalau x, x d la semnagt sangat nak datang. Lama gak la dok drama dalam pejabat tu dengan ida, Tengah fikir macamana macamana. Tapi alhamdulillah, orang pejabat kata nak bagi bilik single. Bilik tu bilik KIV kiranya untuk betol2 emergency je dia simpan. Fuh! Lega nya. Tapi masalah lagi, bila dapat level 5, lift rosakkkkk. haha. see. nak nanges dah rasa.haha. Oh kolej yang bukak untuk postgrade time tu, KOLEJ DATIN SERI ENDON sahaja ya kawan2. So, apa lagi naik tangga la angkat bag dengan pertolongan ida dan che.
Berakhir lah satu hari satu malam di UTM. Zzzz... Esok nak ambik motor lak, husband pos dah, guna skynet.
pink bebenor.
26/8/2015
Pagi2 dah bangun siap2, semangat nak settle kan apa yang patot lah. Nak ambik motor, nak g pejabat bendahari, nak beli tiket. Ok shoot! Singgah arked meranti dulu, makan2 dengan che dulu, kitorang breakfast + lunch terus. Jimat, hidup student kan. Heeheee. So, dekat Taman U niversiti, Skudai, kitorang tercari2 skynet. Jumpa, teruja dah nak ambik motor ni, sekali dia kata kena ambik dekat setia tropika, kempas. Hah sudah. habis lah, celah mana lah. Sebenarnya, che ni x berani sangat nak meredah JB ni, dia x taw jalan sangat. Tapi macam nak kena ambik jugak, sebab malam ni nak balik lak. So, redah je lah, sesat 3jam++ jugak. haha. Ntah mana2 la kitorang pergi nya, Dugaan weh. Tapi last jumpa jugak la, cuma nak balik nanti masalah lagi mcmana.haha. Tapi nasib baik la ada laki ni tolong. Kebetulan dia ambik motor jugak, dia tunjuk kan separuh jalan, then ikot je signboard. Fuh lega sangat. Thanks kepada dia, yang nama nya tidak ku tahu.haha.
Settle hal motor.Alhamdulillah.
Sampai UTM terus pergi pejabat bendahari dan beli tiket bus.
Malam ni naik bus. JB-Kemaman, 1145. SP BUMI again sebab tu je ada.haha.
Thanks ida, wani and che tolong ya. Nanti belanja ayam penyet sorang satu.
Ma abah mertua kita bagi.
Pink jugak.haha
:)