Orang sekeliling tak kan mengerti kamu. Kamu yang harus kuat. Dalam keterujaan semua orang, mereka tidak akan fikirkan perasaan kamu. Mereka terus berkongsi keterujaan, kegembiraan mereka.
"kau siapa" untuk mereka fikirkan. Kau bukan siapa-siapa. Kau hanya manusia kerdil yang tidak punya apa-apa. Yang harus diam. Yang harus memendam rasa setiap masa.
Aku penat memendam rasa. Aku penat bersedih atas kegembiraan orang lain,tapi aku cuba gembira. Aku senyum, aku lalui dengan tabah. Tapi dalam hati , menangis seorang diri. Tidak mahu kongsi dengan siapa pun. Biarlah tiada siap mengerti.Aku harap aku kuat.Aku harap aku tabah.
Kadang aku fikir, mahu saja hilang dari segala media sosial,tapi aku juga perlu hiburan. Aku jugak mahu tahu isu - isu yang tentunya menarik dikongsi dalam fb. Tapi hati harus kuat. Melihat kegembiraan orang lain, aku hanya mampu tersenyum dan berharap akan tiba satu saat mungkin untuk aku.
Biarlah aku sendiri tanpa siapa mengerti. Sukar untuk aku luahkan. Pada siapa mahu aku luahkan. Jika aku ceritakan, mengerti kah hati seorang perempuan? Maaf aku sedih.