Mood baru lepas tengok cerita melayu,Istanbul aku datang.
Menyalah guna kemudahan internet yang ada dengan mendownload movie.
Tapi dah lama nak tengok movie nie, finally, dapat download :)
Senyum hingga ke telinga
Sinopsis
Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.
Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.
Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.
Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.
Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.
In my opinion,
This is the best Malay Movie yang pernah tengok,Plus Lisa memang comel sangat kan, Tomok? boleh la. Yang part kelakar, kucing pon boleh takot. aduyai tengok kucing macam tengok singa lak.
By the way, movie ni dah lama released, from 8 Nov, and now is December,ok fine memang agak ketinggalan kan.
Busy bekerja kata kan.
Busy sangat
La sangat,
nampak sangat x busy pon kan?
oK.
bye.
Sincerely,
Nurul
No comments:
Post a Comment