Sengugut masalah kebanyakkan semua pompuan kat dunia ni kot.
Dulu2 saya pon x d lah senggugut kalau datang haid ni.
Tetapi sekarang masyaAllah sakit sangat. Baru paham perasaan orang senggugut macamana.
Tapi dah rasa senggugut ni, orang kata baru sakit kecil orang melahirkan baby.
Hah ternganga.haha. Ingat nak buat baby senang,nak beranak senang gak ke.hehe. opsss x kawen lagi,.x taw lah.
Biasanya senggugut ni 1-2 ari je lah, untuk saya lah,maybe ada yang sampai 2-3ari kan.
Tapi risau bila orang kata,kalau senggugut ni potensi nak dapat zuriat payah.
Terus google td.Risau weh.haha. Sebab saya memang suka budak2, so memang nak anak sendiri cepat2 kalau kawen. comeiiiinye..hehe.
Anyways, itu tidak benar sama sekali taw.
X semestinya kau senggugut susah dapat anak. no no no.
Fuh lega sikit.
So, bila senggugut ni bila cakap kat en tunang, macam susah nak explain sakit macamane :(.. Dia pon macam x paham sakit tu macamane.
Suruh tido, nak pejam mata pon payah kalau sakit macamni,last2,nangis pelok teddy. Pastu sepak2 terajang bantal.haha.Pastu baru tertido.zzzzz
same posisi tido.hehe
Ok,so let see, ape yang menyebabkan senggugut, hasil dari googling tadi :
Senggugut
Senggugut ini ialah sakit di bahagian bawah perut, sakit perut yang tajam atau sakit yang akan datang dan pergi. Senggugut ini juga berkemungkinan untuk sakit di bahagian belakang. Mungkin ada sebahagian daripada kita tertanya-tanya mengapakah berlakunya senggugut ini. Ketika menstruasi/ haid. senggugut ini terjadi kerana berlaku pengecutan yang kuat di dalam rahim untuk meruntuhkan saluran darah di luar dinding rahim. Saluran darah di dalam dinding rahim akan dimampatkan oleh pengecutan tadi seterusnya akan memutuskan bekalan darah ke rahim. Ini akan membuatkan bekalan oksigen ke rahim terputus dan menambahkan ketidakselesaan pada rahim kita.
Sebenarnya senggugut atau istilah perubatannya ialah dysmenorrhoea ini terdapat dua jenis:
Primary dysmenorrhea : Senggugut yang menjadi kebiasaannya kaum hawa dalam kalangan remaja sehingga 25tahun. Senggugut ini tidak berbahaya. Jadi ibu di atas tidak perlu risau kerana senggugut ini adalah senggugut yang sihat. Selalunya terjadi 24jam sebelum haid dan berakhir dalam sehari selepas period.
Secondary dysmenorrhea: Senggugut ini berlaku jika terdapat permasalahan di dalam rahim itu sendiri seperti endometriosis, cyst, tumor dan banyak lagi. Kebiasaannya berlaku pada kaum hawa yang berusia 30an dan 40an.
Langkah-langkah mengurangkan senggugut
Tuam menggunakan air panas merupakan cara yang sangat efektif.
Ambil posisi menonggeng sehingga rahim akan tergantung akan membuatkan kita lebih rehat.
Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan daripada minum kopi, makan aiskrim dan coklat supaya senggugut tidak bertambah sakit.
Minum jus dan supplement yang mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin B6 atau Omega-3 ataupun minum minuman panas yang mengandungi kalsium tinggi.
Jika tidak mampu bertahan lagi, maka boleh mengambil pil Panadol berwarna pink. Jika mampu bertahan, tidak perlu mengambil ubat. Tidak boleh mengambil ubat lebih daripada 3 kali.
Manakala menstruasi/haid pula ialah darah yang dirembeskan oleh dinding rahim wanita yang tidak mengandung dan keluar melalui faraj wanita. Kita sering memanggil haid itu sebagai darah kotor. Namun, darah haid ini sebenarnya tidaklah kotor kerana ia hanya terdiri daripada darah dari lapisan luar rahim kita sendiri, sel-sel tisu yang telah mati dan telur yang telah mati kerana tidak berlaku persenyawaan dengan sperma.
Benarkah haid itu darah kotor
Pengertian darah kotor ini sebenarnya dikaitkan dengan permasalahan ibadat ketika dalam keadaan haid, seorang wanita itu terikat kepada batasan-batasan tertentu seperti tidak dapat menunaikan solat, berpuasa, bersetubuh dan lain-lain. Ini jelas di dalam surah Al-Baqarah ayat 222, Allah telah berfirman, “ Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “ Itu adalah sesuatu yang kotor .” Karena itu jauhilah isteri pada waktu haid; dan jangan kamu dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suc , campurilah mereka dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang menyucikan diri.”
Tempoh menstruasi dan menopaus
Tempoh menstruasi/haid adalah berlainan bagi setiap wanita. Kebiasaannya tempoh menstruasi/ haid ini adalah selama 3-5 hari. Namun begitu, ada juga wanita yang mengalami haid selama 7 hari atau 8 hari. Proses ini berlaku dalam tempoh agak tetap sejak daripada kita akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan.
Seorang pesakit wanita memberitahu sorang doktor bahawa dahulu dia mempunyai tempoh haid yang tetap iaitu selama lapan hari. Namun sejak dia berusia 40 tahun, haidnya datang selama 5 hari dan pada hari keenam dan ketujuh haid tersebut berhenti kemudian pada hari kelapan, haid itu datang semula.
Dari sudut perubatan, wanita itu mungkin tidak mengalami sebarang masalah apa-apa kerana sebelum ini kitaran haidnya adalah normal. Cuma semenjak berusia 40 tahun tempoh haidnya tidak menentu, hal ini kerana itu merupakan salah satu tanda – tanda awal menopaus. Tempoh usia seseorang mengalami menopaus juga berbeza pada setiap wanita, kebiasaannya berlaku ketika berusia 40 tahun ke atas. Namun wanita itu juga berkemungkinan mengalami pendarahan pada pangkal rahimnya kerana berlaku pendarahan haid semula setelah haid berhenti. Seelok-eloknya pesakit wanita itu pergi ke hospital untuk mendapatkan ujian pemeriksaan kesihatan selanjutnya untuk memastikan keadaaan itu adakah normal atau tidak baginya. Dari sudut fiqh pula, wanita tadi tidak perlu menunaikan solat sewaktu haidnya terputus, kerana dia masih berada dalam tempoh haidnya.
Kitaran haid perlu dihitung
Terkadang apabila para pesakit mengalami masalah pada kitaran haid, mereka akan datang berjumpa dengan para doktor dan soalan yang akan diajukan kepada para pesakit ialah, “Bilakah last period adik/ cik / puan?” Kebanyakan para pesakit akan menjawab, “Period saya kering pada….” atau “Saya mandi wajib pada….” Sebenarnya bukan itu jawapan yang dimahukan oleh doktor. Maksud soalan para doktor tadi ialah“ Bilakah tarikh last period adik/ cik/ puan bermula?” Rata-rata di antara mereka tidak ingat bilakah tarikh terakhir haid mereka bermula.
Oleh yang demikian, tabiat mencatit bilakah haid bermula dan berakhir ini perlulah diamalkan oleh setiap wanita yang masih mengalami haid. Tidak kisahlah jika hendak catit di dalam kalendar, diari mahupun telefon bimbit kerana tempoh kitaran haid kita sangatlah penting. Jika berlaku kitaran haid yang tidak stabil, lalu kita berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya doktor ingin mengetahui kitaran haid kita dua atau tiga bulan sebelum ini.
Secara kebiasaannya kitaran haid kita ialah selama 28±5 hari. Kitaran haid terpendek boleh berlaku selama 21 hari dan kitaran haid terpanjang boleh berlaku selama 35 hari. Kitaran haid ini bermaksud hari pertama berlaku menstruasi/ haid sehinggalah berlaku semula menstruasi/haid yang seterusnya. Misalnya seorang gadis datang haid pada 1 Januari dan kemudian dia datang semula haid pada 22 Januari. Ini bermaksud gadis itu normal bukanlah seperti yang biasa kita dengar haidnya tidak normal kerana dia datang 2 kali sebulan.
Mengetahui tempoh kesuburan
Selain itu, kitaran haid juga penting untuk mengetahui tempoh kesuburan seseorang wanita. Jika kitaran haid wanita itu normal, mudah sekali untuk mengetahui tempoh kesuburan seseorang wanita tersebut iaitu kebiasaannya pada 12 -14 hari sebelum haid datang semula. Itu adalah waktu yang sesuai bagi pasangan yang sudah berkahwin ingin memperoleh zuriat. Ketika itu, telur(ovum) masuk ke dalam rahim. Tempoh hidup telur lebih singkat berbanding sperma iaitu 24-26jam manakala tempoh hidup sperma adalah selama 4-5hari.
Selain itu, para wanita juga boleh mengetahui tempoh kesuburan mereka dengan mengesan cecair keputihan pada diri mereka. Kebiasaannya sewaktu subur, cecair keputihan itu akan lebih likat seperti telur putih yang belum dimasak dan apabila ditarik sukar untuk putus seperti spring. Di dalam dunia teknologi sekarang, kita sudah mempunyai alat untuk mengesan tempoh kesuburan kita iaitu dengan menggunakan ovulation predictor kits (OPKs)
:)