Sunday, 30 August 2015

Master UTM..

assalamualaikum,

Alhamdulillah,  saya baru je daftar untuk sambung belajar dekat UTM Skudai, untuk master.
Satu keputusan yang berat, mana x berat sebab nak fikir tinggal kan suami tercinta hah. Masa nak pergi daftar ni pergi seorang diri je naik bus. Hah jangan kata sadis gile.haha. Sebenarnya, plan lepas daftar nak balik kemaman semula, sebab kelas 6/9/2015 di jangka start. So masa daftar ni baru 25hb Ogos. Baik balik kan dari duduk UTM x d kelas, buang masa.




So kronologi perjalanan nak daftar kat UTM ni....

25/8/2015

Rasa macam malangggg nya, x nak sambung belajr dah rasa.haha. Sampai macam tu sekali.
Ok macamni, malam tu naik bus dari Kemaman - JB pukol 1145pm. Sebelum beli tiket dah cakap boleh ke stop dekat Sri putri dekat sikit kawan nak datang ambik, dia ok je. So, kita ni beli lah tiketnya,bus SP BUMI! Tapi bila dah naik, minta stop sana kata x boleh pulak. Macam2 alasan bagitaw tapi bukan alasan la memang kebenaran. Kalau stop dekat bandar JB @ Larkin, kawan x tw jalan nak ambik nanti. Plus, barang banyak gile bawak. ada la 3 bag besar. Tapi driver bus tu xnak jugak, alahai sampai JB 5 pagi sape nak marah nya stop kejap je pon. Tapi dia x nak jugak, last2 stop larkin, dengan barang banyak gile nya, gagah kan diri lah bawak. Dekat larkin dah contact kawan sorang lagi,ida. Minta tlg ambik sebab rumah dia dekat pasir gudang, dia kata pukol 8 mcmtu br boleh dtg. Kita dah minta tlg orang, ok je la. Lama gak la tunggu situ dari 5am-9am jgk lah. Sabar je lah

Ok masa daftar pulak, bapakkk ah ramai gile orang.haha. dari 12.50pm-4.30pm br lah settle, Untuk kolej dia kata pergi direct pejabat sebab dekat kaunter hostel tu, dia kata kunci yang bawak dah habis. Speechless :(

Ok kisah dekat pejabat lak. Nak melalak rasa sebab dia kata bilik habis, what the fish.haha. Dia taw x motif datang daftar awal ni sebab nak ambik bilik single. Kalau x, x d la semnagt sangat nak datang. Lama gak la dok drama dalam pejabat tu dengan ida, Tengah fikir macamana macamana. Tapi alhamdulillah, orang pejabat kata nak bagi bilik single. Bilik tu bilik KIV kiranya untuk betol2 emergency je dia simpan. Fuh! Lega nya. Tapi masalah lagi, bila dapat level 5, lift rosakkkkk. haha. see. nak nanges dah rasa.haha. Oh kolej yang bukak untuk postgrade time tu, KOLEJ DATIN SERI ENDON sahaja ya kawan2. So, apa lagi naik tangga la angkat bag dengan pertolongan ida dan che.

Berakhir lah satu hari satu malam di UTM. Zzzz... Esok nak ambik motor lak, husband pos dah, guna skynet.
pink bebenor.


26/8/2015

Pagi2 dah bangun siap2, semangat nak settle kan apa yang patot lah. Nak ambik motor, nak g pejabat bendahari, nak beli tiket. Ok shoot! Singgah arked meranti dulu, makan2 dengan che dulu, kitorang breakfast + lunch terus. Jimat, hidup student kan. Heeheee. So, dekat Taman U niversiti, Skudai, kitorang tercari2 skynet. Jumpa, teruja dah nak ambik motor ni, sekali dia kata kena ambik dekat setia tropika, kempas. Hah sudah. habis lah, celah mana lah. Sebenarnya, che ni x berani sangat nak meredah JB ni, dia x taw jalan sangat. Tapi macam nak kena ambik jugak, sebab malam ni nak balik lak. So, redah je lah, sesat 3jam++ jugak. haha. Ntah mana2 la kitorang pergi nya, Dugaan weh. Tapi last jumpa jugak la, cuma nak balik nanti masalah lagi mcmana.haha. Tapi nasib baik la ada laki ni tolong. Kebetulan dia ambik motor jugak, dia tunjuk kan separuh jalan, then ikot je signboard. Fuh lega sangat. Thanks kepada dia, yang nama nya tidak ku tahu.haha.

Settle hal motor.Alhamdulillah.

Sampai UTM terus pergi pejabat bendahari dan beli tiket bus.

Malam ni naik bus. JB-Kemaman, 1145. SP BUMI again sebab tu je ada.haha.

Thanks ida, wani and che tolong ya. Nanti belanja ayam penyet sorang satu.

Ma abah mertua kita bagi.
Pink jugak.haha

:)


Thursday, 30 July 2015

TTC : July 2015..

Assalamualaikum semua,

Belum terlambat rasa nya nak ucap, selamat hari raya aidilfitri :)

Ok bila dah raya ni, memang fokus nak beraya je la, nak makan, nak g rumah saudara, nak siapkan juadah untuk orang datang beraya, sampai lupa pasal ttc.hehe.
Opss mana boleh lupa bila mulut2 manusia ni kita x leh nak tutup bila diorang bercakap pasal anak ni. Yang paling panas bila ada sorang ni tanya kat pak mertua x naik pangkat lagi ker? Maksud dia , x de pangkat "datuk" lagi ke. Dah la tanya tu depan kitorang laki bini. Memang malas nak pandang muka dia dengan harapan x nak ingat muka makcik tu. haha.

So, bulan july ni kitorang usaha extra sikit, kitorang makan cuka kurma, jus delima, habbatus sauda, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan acid folic (isteri je). Semua ni suami isteri amalkan.
Cuka kurma ni paling dugaan nak telan. So, bila makan cepat2 telan pati delima, kurang sikit rasa tajam kat tekak. Sebenarnya nak campur air pon boleh tapi suami ni kata makan macam tu lebih mujarab. haha. Bini ni pon ikot je lah. Mujur x muntah je lah.
Opss nak makan tu jangan main telan je, jangan lupa bismillah, selawat, niat yang baik2.
ok

Total dalam RM100 lebih macamtu

So, laki bini ni usaha la sebelum tidur makan, lepas siap sahur makan.
Baca quran, yassin, ayat2 minta zuriat memang amalkan.

Walau kita dah makan suplement ni, kena check jugak opk.
Bila test opk, cd13 positif.



Tapikan betol lah kan, kita ni hanya meracang, Allah yang tentukan.
sebab 25/7 tu period dah.
sobsob
Tabahkan lah hati ni, hati suami, hati semua,
belum ada rezeki.

Plan dengan suami nk g check doc kalau ada masalah lain, sebab masa scan yang 1st pregnancy tapi gugur tu, ada cyst. Macam risau lah jugak takot cyst tu makin besar ke, sebab tu ssh nak lekat atau ada faktor lain kan. Tapi x d kesempatan lagi.
Ni 28/8 ni insyaallah nak sambung belajar dekat utm, rasa macam down jugak, sebab kalau lets say pregnant memang rasa nak tolak offer ni, tapi memang perancangan Allah suruh sambung belajr dulu kot kan. Doa kan yang terbaik sebab mana tahu masa belajar nanti baru pregnant kn. Kot pregnant masa belajar anak lebih cerdik.haha. amin amin.

So, bulan 8 sila usaha lagi.

Good luck TTC sekalian

:)




Tuesday, 30 June 2015

TTC : June 2015..


Harini berpeluh bebenor. Hah rajin lain macam semangat lain macam kemas rumah sebab Khamis malam nak balik kampong dah. Hooreey.. Sebenarnya rajin ni bercampur dengan rasa stress. Saya ni bila stress bila rasa serabot memang membusy kan diri ada je kemas rumah ke, basuh baju ke. Memang perangai dari zaman sekolah. Bila stress belajar je, kumpul baju satu baldi pergi basuh, berus sekuat hati. Gigih betol weh.haha.

Sebenarnya stress bukan sebab apa, bukan stress la sebenaranya. Macamni, semalam dapat berita my sister in law dah pregnant. Horeeey. Excited lah, sebab dia dah 4 tahun lebih kawen, sebelum ni gugur 4 kali, then ni baru lekat lagi, pastu mai la rasa sebak, hmm aku bila lak? Terus mata berair. Ni tengah taip pon mata berair jugak. Saya taw, mungkin Allah x nak bagi lagi, sebab perancangan Allah maha Hebat untuk hambanya. Tetapi kadang2 rasa rapuhnya la hati ni, mudah mengalah, mudah berserah kalah.

Kadang2 kata hati, kau kena kuat. Kadang2 kata hati, sedihya la aku sekarang ni. Bila solat nanges, baca doa nanges, nak tdo nanges, tengah kemas2 laman rumah pon boleh berair mata.
Semalam cakap la kat suami, kita usaha la lagi bulan ni, tetapi suami kata bulan ni rehat je la. Hati ni lagi lah sentap. Laki x paham perasaan perempuan. Nak2 kita ni suri rumah, duduk rumah, otak pon senang fikir bukan2. Bila duduk rumah mesti fikir kalau ada anak x de lah rasa sunyi macamni. Ada jugak orang kita boleh cakap, gurau2 kan, main2, lambung2 ke. Eh gile ko nak lambung2 anak. Haha.

Bila fikir sedihnya, rasa x sabar nak sambung belajar. Rasa nak lari dari segala masalah yang ada, nak fokus untuk study je. Ya Allah kuat kan lah hati ni, kuat kan lah semangat ni. Orang tengok kita kuat, macam x de masalah, tapi beban ni simpan sendiri. Nanges pon x pernah nak tunjuk depan suami. Harap diri ni tabah je. Kita ni setahun lebih baru kawen dah rasa sedih macamni, macamana TTC len yang dah bertahun2 kawen nya. Rasanya kalau saya ni kerja x de la dok fikir2 sangat hal anak ni, cuma sebab banyak masa kita ni dok sendiri, jadi banyak lah dok melalut fikir macam2.

Ada hikmah nya jugak bila lambat rezeki anak ni, si isteri dapat la manja lebih2 dengan suami, boleh mengada lebih2 dengan suami. Boleh minta beli itu beli ini sesuka hati. Haha. Tapi harap ada la rezeki anak rezeki rumah baru rezeki kerja. Aminnn...




Nurkilan,
Nurul

Sunday, 28 June 2015

TTC : May 2015..

Assalamualaikum..

Lepas habis period haritu, kitorang tak kan berputus asa.
Jadi usaha kedua kitorang dalam nak dapatkan anak kali ni dengan pati delima gulshan. Bila google dan baca pengalaman TTC yang lain ada yang berjaya hamil bila ambil pati delima ni, malahan officemate suami pon sama. Dia minum pati delima ni dan alhamdulillah pregnant. Apa lagi, excited la saya dengan suami. Pergila beli sebotol.

RM15.00
Antara khasiat Pati Delima :-

1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing
3-Membantu penghadaman.
4-Membuang lemak-lemak berlebihan.
5-Menambah tenaga.
6-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
7-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
8-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
9-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.
10-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.
11-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi
12-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
13-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
14-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit
15-Menghapuskan masalah cacing pada kanak
16-Mengatasi masalah kemandulan
17-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
18-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
19-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
20-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
21-Membantu mengurangkan batuk dan lelah

Start minum dan betol2 disiplin minum, satu sudu pagi, dan satu sudu malam sebelum tidur. Suami pon minum juga. Rasa dia masam2 tapi boleh telan lah. Kalau yang tak tahan masam tu boleh campur dengan air sikit, then minum. Macam saya start minum masa CD11

Selain tu, guna juga OPK untuk check waktu subur. Bila buat OPK, tarikh betol2 subur adalah pada iaitu CD14 . Bila compared dengan calendar tu beza satu hari je. Ok la. So, bersama dengan suami untuk 2 hari berturut2. Masa bersama ni baca lah doa minta2 ada rezeki :)



Tapi semalam, period delay satu hari rasa excited dah, tapi pada masa yang sama, dah terasa nk period. Dalam hati minta2 tu sakit baby nak lekat ke ape ke ikot lah. haha. Tapi last2 period dah semalam. Sedih gile. Period je nanges. Nanges je period.
Sepanjang hari sebelum period ni, saya amalkan baca yassin, surah Maryam (1-12), ayat Al-Anbiya (89), dan ayat al-Imran (38). Setiap hari. Minta doa banyak2 moga Allah murah lah rezeki kami suami isteri ni.
Tapi kita ni hanya merancang dan  berusaha. Allah yang tentukan.
Lepas habis period ni, kita usaha lagi ya :)

Ya Allah tabah kan lah hati ini. Kadang2 rasa mahu rebah tersungkur bila kecewa.
Pati delima ni dah habis sebotol. So, kali ni botol ke -2 dah.
Pagi tadi whassap husband bagitahu dia kecewa nya rasa dah 2 bulan betol2 kitorang berusaha, tapi takde rezeki lagi. Macam biasa husband bagi semangat, bagi ayat positif, wife die pon happy balik.haha.

Wednesday, 24 June 2015

Kekecewaan Dalam Hidup..


MasyaAllah beberapa harini mood down sangat sampai satu tahap nak bercakap pun malas, nak manja2 pon malas. Memang totally macam orang lain sebab terlalu banyak kesedihan terlalu banyak kekecewaan. Terfikir kenapa lah aku Ya Allah tapi Allah tak akan menguji hamba nya yang tidak mampu menanggung beban cubaan yang di beri. Tapi kadang2 rasa lemah longlai , menangis teresak-esak sampai solat pon mata berair. Ya Allah ku minta semua kekusutan hidup ni hilang. Semoga bila dah sambung master ni belajar betol2, dapat kerja bagus, dan jugak dapat family bahagia. 

amin..

Monday, 8 June 2015

My Journey Begin as TTC : April 2015..

Assalamualaikum..

TTC or Trying To Conceive

Sejak miscarrieage bulan 6 tahun lepas, kami berharap gak bila lah nak ada baby nak-nak bila tengok fb je, dialog yang biasa cakap dekat husband eh kawan ni baru kawen dah pregnant ke? eh kawan ni dah ada baby lah abg. Last sekali, fb ni makin banyak gambar baby lahhh abg. Bila kita nak ada baby jgk? My husband, cakap, insyaAllah ada lah tu nanti. Tup2 dah setahun rupanya.

Fyi, haritu kitorang kawen, buat sekali dengan kakak, sekarang dia dah ada baby, jadi tekanan dengan pertanyaan orang sekeliling tu kadang-kadang macam hmmm.. better you just shut up pleasa :(
Kitorang bukan x nak, nak sangat tapi  Allah tahu apa yang terbaik buat hamba nya kan. Tiap kali period lambat 1-2hari pon dah excited dengan harapan tolong la lekat. Buat UPT, Ok then negative. sedih pastu okay period dah.

So bila dah setahun kawen, 11/4/2015, saya rasa kitorang kena buat sesuatu. Mungkin Allah nak uji kita, atau mungkin Allah xnak bagi lagi selagi kita belum berusaha kan? Siapa tahu. Jadi start bulan 5 aritu kitorang dah plan dah untk ada anak.

1) Minum susu kambing + kurma + air zamzam
2) Baca surah Zakaria (Ayat 1-12) - Subuh, Asar dan Isyak
3) Baca Yassin lepas Maghrib
4) Malam sebelum tidur minum susu sachet hi-goat dan kurma 2 biji ( Isteri je) sebab suami gila kopi malam2.
5) Isteri betol2 pantang coffee, No nescafe ice for this month.

Cara-cara :
1 botol susu kambing
4 biji kurma
-2 isteri genggam
-2 suami genggam
Masa genggam kurma ni bismillah, selawat dan niat
Air Zamzam
Jadi blend kan, bahagi dua, suami minum separuh, isteri minum separuh
Minum sebelum ambil apa2 sarapan

5/6/2015 - 7/6/2015
Start period

8/6/2015 (cd4)
Ingat dah x keluar darah sebab macam dah kering semalam, tapi ni dalam 2-3titik je. sikit je. so mndi wajib.
Pagi2 lagi dah gerak pergi pasar tani nak beli susu kambing fresh. Sebelum pergi ni dah whatssap dengan akak yang jual susu ni. Tanya harga semua tu. So, pagi ni just pergi dan beli je. Excited lah jugak dengan husband sebab 1st time nak buat ni. Kitorang beli 5 botol, sebotol harga RM5.50.
Then beli kurma sebekas RM10.

Balik dari pasar, nak mengurut lak. Suami pergi pick up makcik ni,kitorang panggil dia Su Yah.
Masa urut, dia kata peranakan semua okay, x d masalah. Dia pesan sabar lah.Adalah tu rezeki nya kan. Suami bagi RM50 untuk mengurut.

Total harini : RM87.50

Dari cd5-cd26, cuma cd10(puasa) , cd11, cd18, cd19 dan cd26lupa) je skip.

Ni susu kambing dari google, 
sebab kitorang x ambik gambar lepas beli.haha.
lupa. Tapi macamni lah rupa botol tu



14/5/2015 (cd10)
Kebetulan lak mother in law nak buat acupuncture sebab sakit belakang. Kebetulan lak ada buat sekali dengan bekam. Apa lagi tanya2 lah kan.hehe. Dia kata bagus bekam ni kalau untuk orang plan nak pregnant sebab buang darah kotor kan. Makcik ni pon tegur pastu tulang belakang saya yg melengkung jgk, tp x kronik sgt, kesan dari accident penang dulu. Huhu.

Bekam : RM50 untuk 11 cups.

15/5/2015 (cd11)
Beli stok susu kambing 10 botol dapat lah harga RM5 sebotol.
Buat OPK, masa cd10 buat tapi negatif, jadi arini buat lagi dan positif. :)
Enjoy lah ya.

Ok kalau tengok pada calendar 17/5/2015 patut nya ovulation day, cd13. Tula ada baca kalendar ni x leh guna pakai sangat sebab kadang cycle period ni 26,27,28,29,30 ikot suka hati dia je. Lepas gugur tahun lepas,memang cycle x tetap. Kalau dulu memang sharp 28 cycle je, period.

Susu kambing : RM50




16/5/2015 (cd12)
Ok ni malam israj mikraj, setiap kali waktu solat, buat solat hajat dan baca yassin. Doa banyak2.
Suami pon baca yassin

22/5/2015 (cd18)
Beli stok susu kambing 5 botol dan kurma sekotak

susu kambing : RM27.50
Kurma : RM13

29/5/2015 (cd25)
check upt negatif. sobsob. Sebenarnya 3 minggu jugak la terasa sakit nya breast. Perit betol xtw nak cakap. Bila google ramai cakap tanda hamil. Punya lah excited kita pon. huhu. Itu yang test jugak tu.

31/5/2015
Period

Usaha ni kitorang buat sampai lah period jugak akhir nya. x d la kata sia2 je usaha ni, tapi kita bertawakal, mungkin Allah masih nak menguji kita. Besar sungguh dugaan -Mu tapi kami sentiasa fikir positif, orang lain kawen lama dari kita tp x pernah putus asa, kenapa kita dah nak mengalah kan. Tapi kita ni manusia kan, memang sedih jugak. Sekarang dah habis period, keep on track balik. Mula kan balik tapi kali ni dengan jus pati delima. Next entry ok :)

Night peeps,

Doakan kitorang ya.

Harap TTC sekalian pon dipermudahkan urusan nya.

How I know I am Pregnant..

Entry ini ditulis 24/6/2014
Tapi save as draft rupanya. haha. So, publish kan je lah hari ni :)

Anak. walaupun hanya sekejap, tapi masyaAllah indah sungguh perasaan itu. Bahagia, senyum sorang2 bila pegang perot. Tak pernah saya lupa kan pengalaman dan kenangan ini sampai sekarang. Tapi apa kan daya kita untuk menghalang takdir Allah. Walau hanya sebentar, tapi terima kasih Allah untuk anugerah terindah yang dipinjam kan sekejap saja.

Morning peep,

My first pregnancy was so amazing... I can't believe it. I will be a mother soon, but I never express my feeling to my husband, to my family. I just keep it myself. Touch my tummy and I said, baby please stay with me. I love u very much. At first, how I know I was pregnant??

20/5/2014
Lepas siap belajar kereta untuk persediaan test lesen esok (Khamis), terus balik rumah. Hari yang sangat panas. Masa ni rasa tak berapa selesa. Bila ke toilet tengok darah coklat penuh dekat panties. Scary sangat takot ada sakit kronik. Serius scary. Terus wassap hubby. Masa ni nak nanges. Tapi lepas seketika rasa okay sikit.Sampai Asar jugak la ada. Sikit-sikit sampai la xd. Masa ni solat macam biasa.

21/5/2014
Lulus test.Alhamdulillah. So, malam bus pukol 11pm. Travel KB-Kemaman.
Miss my husband. Hmm I wonder why I miss him like crazy...

22/5/2014
Sampai Kemaman pukol 5.30am. Masa ni pon dah x d keluar darah.
I am happy

23/5/2014
Ok, rehat sehari. Terus g KL. Ni rombongan ayah mertua. Naik bus. Tak pergi pon x pe sebenarnya, tapi x pelah, teman mertua shopping kan. I nak shopping ape sangat. So, hubby and me jadi tukang angkat barang je.haha. Masa berhenti makan. G toilet tengok eh ada balik darah coklat ni. Tapi sikit lah. Muka dah risau masa ni.Hmm.

Sampai KL dalam 12-1pm mcmtu, terus stop ke IKEA. Hah mak bapak sekalian pergilah shopping sampai 330pm. Pergi toilet, tengok ada lg.Adoiii stress. Lastly, bagitaw gak kat hubby. X kan nak stress sorang, kena la stress bersama.haha.Muka serabot dah dua2. Tapi lex lex.

Lepas ke Ikea, bus stop depan sogo. Ok ni dia kata, shopping dan makan terus lah sampai pukol 8malam. So berjalan lah. Hubby belanja shawl 2 helai, wideshawl :)
Mak mertua lak beli tudung Hajra.hihi. Mahal habak hang.haha.
Pergi mkan2 settle naik bus.
Opss before naik bus, hubby and me, pergi beli UPT! 2 terus beli. ,RM20. (Baru sekarang taw upt yg kitorang beli tu mahal gila rupanya)

24/5/2014
In the morning. Terus grab upt nak test. Tapi mcm bengap sikit. Eh mcmne nak guna ni.kena koyak ke ape. Kena celup tang mane.haha. Mula-mula buat macam x jadi sebab dah koyak sikit. Pastu ambik yang kedua, test.Hmm negatif. Terus buang.

Hubby x puas ati, die google, pastu dok cakap mane ada org buang terus. orang tunggu lagi 5 minit ke. Masa ni dah tutup mata, sebab frust,pk nak tido je, tapi suara-suara ni.adoi sakit kepala.
Bangun mandi pastu selongkar balik ambik upt.ambik dua2 yang dah buang tadi, eh 2 line.
Masa ni panggil hubby bagitaw 2 LINE.

Alhamdullillah

Nest destination-> Nilai.

Serius panas gile, angkut tikar2 lagi, jalan sana jalan sini, keluar lagi darah coklat tu, tapi sikit2 je lah.
Tak banyak pon.Tapi merisaukan.huhu

Settle shopping, bermulalah perjalanan ke Kemaman.Finally.
Penat gile dah.huhu.sabar2, rindu gile kat katil.haha

25/5/2014
Okay,pagi2 dah g klinik Zainab. Doc scan perot(rahim), tapi x nampak pape pon. Memang lah sebab baru je.rasa2 dlm 1-2weeks je kot. My kakak kata, patot buat TVS, br lah nmpak jelas.
Doc tu suh buat upt, bila buat memang positif :)
Then die bagi ubat kuat rahim.
Total : RM85.
Doc pesan nanti hari ahad,buat upt sekali  lagi. Kalau terang, betol lah tu.Bulan 1-2 beranak lah tu.haha. Serius kelakar.

So, I'm officially PREGNANT. After 1 month and 11days married :)

29/5/2014
Dah x d darah dah masa ni. Normal dah. Oh Semalam husband belikan upt digital tu. Excited punya pasal pagi2 kitorang bangun dah.haha. Alhamdulillah bila check, keluarlah 2-3weeks maksudnya dah 3-4minggu pregnant.
Pagi tu mother in law mintak tlg sapu rumah,sebab dia nak mop rumah balik kerja nanti. saya kemas2 rumah, sapu rumah, memang dah kawal pergerakan, xnak lasak sangat sebab risaukan baby.

30/5/2014
Bangun pagi sebab nak hantar parents in law ke bus station harini. Pergi dengan suami la of course.hehe. Masa dekat bus stop rasa mcm x selesa je. Tapi malas nak fikirkan sangat. Lepas g bus station singgah kedai beli barang nak masak sikit then terus balik. Dekat rumah bila check ada lendir warna coklat dekat panties. Ya Allah, kenapa lak ni kan. Terus google. gigih kitorang berdua google semua tu. Bila google ada yang kata normal semua tu. Sedap lah hati sikit.

31/5/2014
Keadaan makin teruk bila start keluar darah sikit je. x banyak. Hmm mood down. Benda ni berterusan 1-2minggu jugak. x pergi klinik atau hospital pon sebab masa bleeding ni bila check upt still positive. Tapi bila asyik darah je ni, kita pon jadi serabot. Siap solat baca doa sampai nangis2 mintak anak kuat tapi andai kata x d rezeki, kena redha. Setiap kali solat, saya cakap saya redha kalau ni bukan rezeki kami ya Allah. Menangis sampai suami kat tempat kerja pon stress fikir.haha

................
Tapi keadaan makin teruk bila bleeding macam darah period. Buat upt pon dah xd line dah. Time ni rasa mcm xpelah x d rezeki. Malam pergi klinik, Dr scan memang xd rezeki. Dapat surat reference untuk pergi hospital esok tu.

...............
Dekat hospital drama betol hah. Mula2 pergi emergency. Dekat sini story la bila taw pregnant, bila last period, bila last bersama suami, semua akan disoal. Jadi ready je la ya. Tapi benda paling terkejut, bila buat upt eh eh positif lak dah?? Maybe hormon hcg x hbs lgi kot.Pastu transfer ke O&G kot kalau x silap, dekat sini xtaw la berapa kali kena scan, tapi bila scan memang dah x d apa2 dalam rahim. Proses kat hospital ni memang serius lama sangat. Pastu dengar orang tengah push nak beranak lagi. Alhamdulillah x perlu cuci rahim pon. So balik makan nasi ayam dengan suami.
Kami memang sedih, memang down, tapi dua2 positif kan diri, rezeki anak insyaAllah akan ada. Suatu hari nanti....amin..

x ada picture nak share dekat sini, sebab memang sedih bila tengok. Tapi sampai sekarang upt tu saya simpan buat kenangan..


Nurkilan,
-Nurul-